Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu
DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah
Salah satu peranan JPJ adalah sebagai sebuah Agensi Penguatkuasa yang menguatkuasa dan mentadbir undang -undang pengangkutan jalan dengan komited dan berintegriti untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya kepatuhan kepada peraturan jalan raya. Oleh itu, antara inisiatif penguatkuasaan JPJ adalah untuk melaksanakan pendekatan penguatkuasaan berdasarkan kepada data yang relevan bagi memastikan operasi yang dirancangkan berpacukan data. Selain itu, melalui analisis berpacukan data ini, penguatkuasaan JPJ boleh membuat analisis jangkaan kesalahan yang kerap dilakukan mengikut tabulasi umur, lokasi, negeri dan jenis kenderaan. Dengan ini, JPJ dapat mempertingkatkan dan memperkasakan penguatkuasaan yang lebih telus dan efisien selain dapat memberikan kesedaran dengan melahirkan masyarakat mempunyai budaya kepatuhan kepada peraturan jalan raya.
Bisnes Objektif (BO):
BO1: Mengenal pasti trend tindakan penguatkuasaan.
BO2: Meningkatkan perancangan operasi yang lebih berkesan.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-