Dokumen ini ditulis dengan mengambil kira amalan terbaik teknik dan kaedah yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan sistem aplikasi. Dokumen ini menyediakan panduan dalam proses pembangunan sistem aplikasi dengan memberi fokus kepada bagaimana melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut dan apakah serahan yang perlu dihasilkan pada setiap fasa kitar hayat pembangunan sistem.