SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB DATA RAYA SEKTOR AWAM

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Adakah penyelarasan dengan standard keselamatan data dan kepatuhan peraturan diberikan dalam rundingan teknikal ini?

Pasukan DRSA akan memastikan bahawa rundingan teknikal mengambil kira standard keselamatan data dan kepatuhan peraturan yang sedang berkuat kuasa dengan sektor awam, memastikan pelaksanaan yang selamat dan patuh 

Bagaimana pemantauan dan penilaian prestasi projek BDA dijalankan, dan apakah sokongan yang diberikan oleh DRSA?

Pasukan DRSA memantau semua projek data raya yang diterajui oleh MAMPU sahaja. Pemantauan yang dibuat melalui mesyuarat pasukan projek secara berkala dan melalui MyGPI.

Bagaimana untuk memohon menggunakan Platform DRSA?

Anda boleh merujuk kepada Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam BIL. 1 Tahun 2017 - Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (aDRSA) untuk memohon menggunakan Platform DRSA.

Apa kelebihan menggunakan Platform DRSA berbanding dengan platform analitik data lain yang tersedia di pasaran?

Platform DRSA menyediakan saluran data raya yang lengkap merangkumi proses pengingesan, analitis dan visual data secara percuma dan guna sama yang mudah, cekap dan mengutamakan keselamatan data yang tinggi.

Adakah pelbagai jenis data dapat diintegrasikan dengan mudah dalam Platform DRSA?

Platform DRSA menggunakan teknologi Hadoop memudahkan ia mengintegrasikan pelbagai sumber data, termasuk data terstruktur dan tidak berstruktur.

Kemaskini : 17 Mei 2025
TOP